ckiNz s0ngs

iTz muA

Monday, June 21, 2010

KARNIVAL RAKYAT PERINGKAT HULU SELANGOR


Objektif karnival ini adalah bertujuan melaksanakan sebuah intergriti nasionalisme. Dengan ini, dapat juga memupuk semangat kerjasama serta kesefahaman antara rakyat Malaysia supaya mewujudkan sikap prihatin. Disamping itu, karnival ini jua bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama rakyat yang berbilang bangsa.
Karnival ini akan berlangsung selama dua hari (Sabtu dan Ahad) sahaja. Dari segi keindahan dan beberapa keistimewaan seperti tarian poco-poco, tarik tali 1Malaysia, terompah gergasi 1Malaysia, dan lain-lain. Terdapat juga sesi ceramah agama yang akan diadakan pada malam Sabtu. Penceramah jemputan adalah seorang yang berpengalaman dan bertauliah. Pada hari terakhir atau penutup akan diadakan konsert yang akan dipersembahkan oleh beberapa artis tempatan jemputan serta pertandingan akhir karaoke. Karnival ini juga memberi peluang kepada para usahawan muda untuk berniaga di kawasan yang terbuka sekitar tapak karnival.

No comments: